Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi Kesultanan_Melayu_Melaka

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi.

Hal ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.[12] Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.[13]

Rujukan

WikiPedia: Kesultanan_Melayu_Melaka http://books.google.com/books?id=esnWJkYRCJ4C&pg=P... http://lostislamichistory.com/sultanate-of-malacca... http://malaysia-history.com/sultanate-melaka.html http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://sultan.perak.gov.my/pelbagai/salasilah.xls http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?... http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm http://web.archive.org/20090211133235/www.geocitie... http://web.archive.org/web/*/http://web.archive.or...